Tuesday, March 16, 2010

A'kum,

Sudah lama saya tidak menulis. Hari ini terpanggil untuk menulis. Inilah pasal isu Logo halal dan soal halal- haram dalam Islam. Saya amat heranlah tentang sikap orang Islam atau khasnya orang Melayu. Jakim kata banyak kopitiam tiada dapat Logo halal, 2 sahaja premis yang ada logo halal yang sah, dan ini tidak termasuk kopitiam yang mashhor tu- Old Town White Coffee? Tak percaya pilah tengok, yang ramainya orang Melayu, kedai bukan Muslim punya. Benar kata-kata Dr. Mashitah, orang Melayu/Islam ni, tgk sahaja ada pekerja macam Melayu dan pakai tudung pulak..terpesona lah...pasti halal kan.Sapa-sapa pun boleh pakai tudung. The best to do- Don't go!. Banyak lagi kedai Mulim yang boleh kita pegi. Kat B.B.Bangi ni ada kopitiam Melayu-Islam punya, pi lah kat seksyen 15, belakang petronas, Ezzah Fauyi nya, pasti halal tanpa was-was.

Saya pernah masuk juga kedai old town tu, tak tau ia tak ada logo halal. Tulisan di dalamnya, menu dan sejarah, semuanya ditulis dalam bahasa MANDARIN dan BI. Tak ada langsung tulisan Bahasa KEBANGSAAN!. Saya bertanya supervisornya( seorang Tionghua) kenapa tak ada langsung BM. Dia kata "itu tak penting, suma orang faham BI". Saya kata ini soal prinsip- Bahasa Kebangsaan. Mereka tak hormat langsung dasar negara. Tak layak jadi warganegara kalau gitu.
Hai orang Melayu/Islam, gfaham-fahamlah apa yang harus dibuat. Soal haram halal adalah soal pokok dalam Agama Islam. By the way HOME- COOKED MEAL IS THE BEST!