Saturday, May 31, 2008

Pulau Batu Puteh

Saudara/saudari sekelian,

Ramai berpendapat yang kita kalah dalam pertimbangan/judgment oleh ICJ. Ada pula yang berpendapat kita tidak sepatutnya membawa kes ini ke ICJ, jika kita tidak yakin akan menang. Pada pendapat saya, keputusan untuk membawa kes Batu Puteh ke ICJ adalah keputusan yang tepat ( dibuat semasa Tun Dr. Mahathir menjadi PM kita).Jika kita tidak membawa kes ini ke ICJ, S'pore sudah pasti sedang menguasai semua daerah itu ( PBP, MR dan SL) .dan sedang menambak pantai supaya ketiga-tiga struktur itu bergabung menjadi pulau yang besar!. Sekarang sekurang-kurangnya S'pore tidak boleh berbuat demikian dan kita pula dapat MR dan kemungkinan besar SL juga. Team yang mempertahan hak M'sia di ICJ telah menjalankan tugas dengan cemerlang sekali. Bravo!. Mereka tidak boleh dipersalahkan jika Johor atau M'sia tidak memperdulikan PBP selama 100 tahun, mereka tidak boleh dipersalahkan jika pemangku SU kerajaan Johor menghantar surat " tidak menuntut hak" keatas PBP...ingat...para pemimpin M'sia ..if we do not take care of our territories, someone else will..

Thursday, May 15, 2008

Orang lain buat salah, semua dihukum

Ada segelintir kita yang suka menyelesaikan masalah atau mencadangkan penyelesaian masalah dengan mengambil jalan singkat, atau 'mengubat' simpton dan bukan punca masalah sebenar. sebagai contoh , pernah terdapat cadangan membina jalan berbatu yang timbul timbul di kangar sebagai penyelasaian masalah mat rempit. Yang buat salah mat rempit, mengapa pengguna jalan raya yang majoriti hendak dihukum?... banyak lagi contoh..

Wednesday, May 7, 2008

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tengku Ahmad Rithauden... untuk memperkasa bangsa Melayu , untuk orang Melayu menjadi supreme, menjadi Tuan .. kita mesti menguasai ILMU..menguasai ekonomi...menguasai politik...bukan dengan retorik, kongres, demonstrasi...menghunus keris dll...

PPSMI

Saudara saudari sekelian

Saya fikir ramai di antara kita termasuk yang berpendidikan tinggi, yang begelar YB, dato', doktor dan profesor terkeliru tentang tujuan sebenar kerajaan Malaysia melaksanakan PPSMI. Mereka sering berkata dalam ucapan, forum dll, tujuan PPSMI ialah untuk meningkatkan penguasaan BI para pelajar, kerana pendapat mereka mp BI kurang berjaya . Selepas belajar BI selama 11 tahun ramai pelajar tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi PPSMI sebagai penyelamatlah....

Tujuan sebenar PPSMI ialah kerana perkembanagn S&T di dunia , 95% ditulis dalam BI. Jadi mudahlah nanti kita menguasai ilmu S&T, mudahlah kita maju ke hadapan. BI adalah bahasa dunia....Inilah cara merperkasa bangsa Melayu...secara tak langsung juga PPSMI dapat meningkatkan pengusaan dalam BI. Ingat juga BI S&T tidak sama dengan BI biasa....

Monday, May 5, 2008

Welcome to Batu Kurau News

Hello all Batu Kurau Folks, all the Pattannis,
Hope we can connect to each other to promote global understanding among all Malaysians who have the Pattannis root.